Ujian hari ni jadikan pengalaman ;)

Hahaha… Nak di jadikan cerita no tepon ambe 9708816

No keta ambe 9708,

Semalam 8/8/16=8816

Jadi la no telpon ambe 9708816

Ambe bawa keta nak kelik rumah dari tempat kijo… Tak jauh, 3 minit tak sapa kalu dok sabit ko trafik light gak.. 

Kena saman, tu cerita semalam lah… 

Nak ceritanya arini pengalaman pertama g bayar saman… 

Arini,pepagi lagi ambe bersiap. Ambo dari rumah kol 7.45pg drive k Kuala Kubu Bharu, niat nak g JPJ, nak bayar lesen dan saman tu la… 2 saman sekali keno… Drive ngan lesen mapuh la… 

Settle bayar lesen.  

Muga tak reti, g JPJ bayar lesen, tanya la orang yang sama nak bayar lesen jugak… Kat mana nak bayar saman… Sini lah katanya… Kita ni ingatkan semo saman la boleh bayar. 

G pekan kkb dulu, p pejabat post, post fondant tuk dindaku Mieza Kek Cinta Dungun… P bank nak amik duit, parking takde, tunggu parking dekat ½ jam…  Dah dapat amik duit, p semula JPJ… 

Sampai sana, sekali lagi amik nombor,sekali lagi menunggu… 

Sampai giliran ambe, orang tu cakap, “ni saman trafik kak, tak boleh bayar kat JPJ, saman trafik kena bayar kat Balai trafik la”

Ooo… Cam gitu ke? 

Baru ku tahu… Ku pun p la kat Balai polis kkb…hahaha… Sebab itu yang aku paham… Hawhat nyo la bongok sangat… Sebenarnya ini la pertama kali ku tahu polis tu ada banyak jenis Balai plop… Ku sangka sama ja 😝😝😝

Sampai Balai polis, ambe straight jah masuk tak pandang kiri kanan doh… Dop nampok pondok jaga depan Balai polis tuh… 

“Kak”

“Ya”  pantas aku jawab, terkejut beruk abe polis kat pondok tu… 

“Nak k mana kak? “

“Kak nak bayar saman, saman trafik”

“Oh, akak kena p Balai trafik lah… “

“Hah?  Kat mana tu? Bukan kat sini kah”

“Bukan kak, Balai trafik tu seberang jalan atas bukit tuh”

“Lorhh… Tingginya, nak panjat ikut mana? “

“Tu ada tangga, tak pun akak bawa keta je ikut jalan depan semula”

“Tangga ke tu?  Bukan longkang? “

“Tangga kak”

“Oh terima kasih la ya,akak p panjat tangga luh”

Panjat la tangga punya tinggi, pah masuk pagar, banyak motor² buruk terbalik, tertonggek kat dalam pagar dia tu… Intai kiri, intai kanan, nampak la pejabat pertanyaan Balai trafik… 

Ambe pun masuk beri salam… Nafas laju lagi nih, panjat tangga kan… 

“Duduk dulu kak” katanya

Aku pun duduk, 

“Akak ada masalah apa? “

“Akak nak bayar saman”  sambil bawa keluar 2 keping surat saman tuh

“Nah, ni dia, berapa kena ni? 

“Saya tak tahu kak berapa kena bayar ni.. Bukan kat sini kak tempat bayarnya. “

“Ah?”  Sekali lagi aku rasa nak pengsan… Hahahaha… 

“Orang kat bawah sana cakap kat sini”

“Betol la kak, kat sini, tapi bukan kat sini… Akak p atas sikit, belah kanan ni, naik tangga… Kat belah kiri ada pintu, akak masuk bayar kat situ… “

“Owh, ok lah… Terima kasih ya”

“Sama-sama” katanya

Sekali lagi aku panjat tangga… Huhuhu… Boleh kuruih ambe.. Kahkahkah… 

P bagi salam, senyap jo, takde orang, aku pun tekan nombor giliran… Baru la berlari² datang hakak kecek pantai timur… Penuh mulut tengah makan… Hahahaha… Kesian.. Padahal aku pun masih belum makan apa²…

Sekali kena RM220..nah amik ko.. Upah tak bertali.. Hihihi

Settle lah 3 perkara pagi ni walau dalam kekalutan nak p bertugas plop….adehhh…

Alhamdulillah… 

Sampai masa nak balik, tangga cari tak jumpa… Tak nampak dah tangga, nampak motor² buruk berlonggok² kat situ… Hahahaha… Sekali keluar pak cik tukan kebun dengan sabit di tangan, punya aku terkejut beruk, ku sangka aku nak kena lari dikejar sabit plak… Hahahaha… Masa tu jugak terimbas kembali kenangan zaman belajar kat HKL dulu… P ukur badan tuk buat uniform, dikejar orang kurang siuman dengan kayu 😄😄

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s